Wednesday, July 22, 2009

18 Julai 2009

Lawatan Naib Canselor UKM bersama dengan MKB (Ahli Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian) melawat ke Pusat penyelidikan Bukit Fraser. Rombongan telah sampai ke PPBF pada pukul 9.15 pagi yang turut dihadiri oleh kakitangan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser dan Pejabat Dekan Fakulti Sains dan teknologi. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Prof. Dr. Jumaat Haji Adam selaku Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser. Setelah taklimat diadakan, rombongan melawat di sekitar Pusat Penyelidikan Bukit Fraser dan mendaki ke Puncak Jeriau yang merupakan Puncak yang tertinggi di Pusat penyelidikan Bukit Fraser iaitu beraltitud 1200m. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk ke
Puncak Jeriau. Rombongan sampai ke Puncak Jeriau pada pukul 11.20 pagi. Turut diadakan sesi menanam pokok Raja kayu (Agathis borneensis) oleh Naib Canselor, Dekan FST, dan Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser simbolik kepada cintakan hutan. Rombongan juga turut menandatangani Papan tanda Puncak Jeriau.
setelah turun ke Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, semua peserta rombongan disajikan dengan juadah makanan tengahari dan turut disajikan dengan buah-buahan tempatan (Durian dan Rambutan).

Naib Canselor UKM sampai di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser



Naib Canselor bersama ahli MKB


Perasmian Denai UKM


Naib Canselor menandatangani papan tanda di Puncak Jeriau