Wednesday, June 10, 2009

Lawatan Naib Canselor




Pada 24/5/2009

Lawatan Naib canselor, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin bersama Dato' Dr Mahmud Mohd Nor telah melawat ke Hutan Lipur lata Jarum untuk melihat keunikan bunga yang terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia. Lawatan tersebut turut dihadiri Dekan FST, Prof. Dr. Musa, Encik Razak Husin, dan Puan Padlon.

Penerangan mengenai bunga pakma telah dilakukan oleh Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Prof.Dr. Jumaat Hj Adam bersama En Shokori Zainal Abidin, Pengawas hutan Hutan Lipur Lata
Jarum. Terima ksih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama sepanjang tempoh lawatan. Unit penerbit UKM juga turut hadir untuk membuat penggambaran mengenai Hutan Lipur Lata Jarum.
Gambar Naib Canselor bersama suami

Gambar Kenangan Lawatan bersama VC




Monday, June 8, 2009

Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 08

Ekspedisi ini berlangsung pada 27 Oktober 2008 - 1 November 2008 bertempat di sekitar kawasan Bukit Fraser yang merangkumi pelbagai bidang tujahan penyelidikan iaitu bahagian Gunatanah & Landskap, Bio-ekologi, Kimia & Fizikal, dan Persekitaran sosial. Para peserta ditempatkan di Pine Resort, Bukit Fraser. Perasmian oleh Dr. Haja Maideen Kader Maideen dan taklimat di sampaikan oleh Ketua Ekspedisi, Prof. Dr. Jumaat Hj Adam. Ekspedisi bermula pada keesokkan harinya sehingga 1 November 2008. Pada sebelah malamnya, sesi perbentangan hasil diadakan untuk menyampaikan segala penemuan dan hasil kajian secara ringkas. Ekspedisi berlangsung dengan lancar dan berjaya dengan jayanya dengan mencapai objektifnya.

Majlis Perasmian pembukaan Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 08

Taklimat yang disampaikan oleh Prof. Dr. Jumaat Haji Adam.


Pembentangan hasil kajian

Peserta sedang menjalankan kajian




Friday, June 5, 2009

Organisasi

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, UKM.

Terletak di kedudukan latitud 3' 40.6 U, longitud 101'42.99 T pada aras ketinggian 1.002 dari paras laut. Penubuhan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser adalah sejak 1990 di mana UKM telah mendapat sebidang tanah oleh Kerajaan Negeri Pahang seluas 45 hektar dan mula menerokai penyelidikan di Bukit Fraser yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar yang merangkumi pelbagai flora dan fauna tanah tinggi yang unik dan menarik. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser ini adalah berhampiran dengan kawasan air terjun Jeriau.

Organisasi Pusat Penyelidikan ini adalah di bawah seliaan Prof. Dr. Jumaat Hj Adam bersama Kumpulan Penyelidikan Kesihatan Persekitaran.


Coordinator

Prof Dr Jumaat Hj.Adam

Research Fellow
Prof. Madya Dr. Sahibin Abdul Rahim
Prof. Madya Dr. Muhammad Barzani Gasim
Dr. Ramlan Omar
Prof. Maimon Abdullah
Dr.Zulfahmi Ali Rahman
Encik Damanhuri Mohammed
Encik Wan Mohd Razi Idris
Dr. Tukimat Lihan
En. Zaini Sakawi
Dr. Faszly Rahim
En. Mokhtar Jaffar
Dr. Er Ah Choy
Dr. Norela Sulaiman



Monday, June 1, 2009

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.

Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.

Selamat Datang ke Halaman Pusat Penyelidikan Bukit Fraser